Sunday, January 20, 2008

(TONIC AILY HAIR) UTK MASALAH RAMBUT GUGUR.

Atas selepas guna tonic (kebiasaanya guna sebotol dah nampak kesannya sekirannya tiada apa2 masalah)












---------------- RM15.00 Pastinya ramai yg mengalami masalah keguguran rambut, nak cari produk yang sesuai kekadang kita tak pasti sama ada berkesan atau tidak. saya cerita sikit pasal tonic aily hair ni, saya mula tahu pasal tonic Aily hair ni masa saya belajar hairstylist di sebuah salon rambut. Masa belajar tu ada sorang kawan saya beli tonic rambut ini untuk kakaknya yg kebetulan rambut gugur dan botak sikit dekat tengahnya.

Bila kakak kawan saya tu guna tonic rambut ni barulah anak2 rambut mula tumbuh dan masalah keguguran rambut berkurangan. Kebetulan saya pun mengalami masalah keguguran rambut juga banyak pulak rambut yg gugur. Saya pun mula mencuba pakai tonic rambut ini memang tak dinafikan lah banyak anak2 rambut tumbuh dan akar rambut menjadi kuat, bila kita tarik terasa sakit.

Sejak dari itulah bila ada kekawan yang mengalami keguguran rambut saya syorkan diaorg guna tonic aily hair ni, Mereka pun akui rambut kurang gugur mcm dulu. Bagi yg mengalami masalah keguguran rambut cubalah guna tonic aily hair ni murah tapi berkesan.

Untuk pos laju 1 - 3 tonic rm6.00.

Friday, January 18, 2008

SYAMPU GANOZHI

RM30.00 (gambar)Untuk rambut yang lebih sihat amalkan syampu ganozhi berterusan. Saya cerita sikit pengenalan saya dengan syampu ni:

Sebelum ini saya menghadapi masalah keguguran rambut, rambut kering, tak bermaya, keadaan ini sebenarnya amat merisaukan kan, rambut pun bertambah nipis. Mungkin masalah dalaman saya kurang baik atau mungkin juga selepas saya buat kerinting dan meluruskan rambut. Saya cuba syampu mcm2 tapi masih juga tiada perubahan.

Sehinggalah saya pergi kerumah kakak saya, dia ni memang pengedar DXN jadi saya saja je nak pelawa dia nak buat steam rambut. Tapi bila saya pengang rambut kakak saya lembut je, mengalahkan org buat steam rambut. Jadi saya tanyalah dia pakai apa? kakak saya kata dia pakai syampu ganozhi dan minyak gano. Saya teringat balik, saya pernah cuba pakai syampu ni tapi rasa tak best rambut saya terasa kasar je, baru berapa kali pakai saya dah tak berminat pakai lagi.

Tapi bila melihatkan rambut kakak saya lembut dan lebat barulah saya pakai balik, memang hasilnya memuaskan hati saya, pada awalnya rambut terasa kasar, kering tapi saya terus je pakai lama kelamaan rambut mula lembut, sihat, rambut nampak bermaya dan berkilat, kepala pun rasa ringan. Akhirnya berjumpa juga syampu yang sesuai dengan saya, sejak dari itu saya terus amalkan pakai syampu ni dah 6 tahun saya masih setia amalkan syampu ni. Lain2 yang menariknya sebelum saya amalkan saympu ni rambut saya dah mula uban tumbuh tapi nampaknya bila saya amalkan pakai syampu ni uban2 tersebut tak merebak dengan lebih banyak. (usia dah 30an biasalah uban naik hehehe) sekarang ni pun ada dalam 7 helai gitu saya bernasib baik sebab amalkan syampu ni, biasanya kalau uban dah naik ia akan tumbuh semakin banyak di kepala. Nampaknya info yang saya baca mengenai syampu ni melambatkan proses pertumbuhan uban ada kebenarnya.

Bagi mereka yang baru mengamalkan syampu ni sekiranya ada tindak balas seperti, rambut kasar,keras, kering dan sebagainya teruskan pakai ia nya hanya bersifat sementara sekirannya anda terus amalkan sedikit sebanyak anda akan melihat perubahan demi perubahan pada rambut anda. Tindak balas itu berikutan masalah dalaman kita yang kurang baik, bila rambut kita menjadi kering ia berkaitan dengan sistem saraf, bila rambut menjadi keras ia di sebabkan pengguna tersebut ada mengalami masalah sakit kepala dan bergitulah seterusnya.(pernah tanya pengguna yang tersebut memang mereka tak di nafikan memang mereka menghadapi masalah tersebut)Selepas itu sedikit demi sedikit rambut akan elok semula , sihat, lembut dan bersinar. Sakit kepala di alami pengguna tersebut dapat di kurangkan. Tak semua mengalami masalah tersebut ada yang pakai rambut terasa lembut tidak mengalami masalah.

Jangan sekali pakai syampu ni dah berputus asa permulaan kita pakai syampu ni baru bersuai kenal dengan rambut kita, lepas tu barulah sedikit demi sedikit pemulihan yang di lakukan, mana yang rambut rosak dia buangkan dulu di ganti dengan rambut yang baru bergitulah seterusnya barulah nanti anda akan berpuashati melihat hasilnya.Ada sesetengah pengguna sekali pakai pun sudah berpuas hati.

Bagi saya apa yang Info syampu ganozhi di bawah ini memang ada kebenarannya. (saya sekadar berkongsi pengalaman je mana tahu ia dapat membantu anda)

syampu ganozhi

syampu ganozhi diperbuat daripada pati ganoderma lucidum, sejenis cendawan yang dikenali sebagai raja herba yang mempunyai khasiat terapi. Ganoderma lucidum mengandungi unsur yang dapat membantu melegakan minda, membuatkan anda berasa tenang dan bebas dari tekanan.Ia juga mempu meningkatkan perjalanan darah dan menambah bekalan oksigen ke kulit kepala bagi mengatur dan menormalkan fungsi masing-masing.

syampu ganozhi juga mengandungi vitamin B5 yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan.Dengan memberi kelegaan kepada hujung saraf kepala. Vitamin B5 dalam syampu ganozhi akan membantu anda mencapai ketenangan minda dan kecerdasan fikirkan.


Syampu Ganozhi sesuai untuk cucian rambut setiap hari bagi sesiapa sahaja tanpa mengira usia,jantina atau masalah kulit kepala yang dihadapi. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur yang diakibatkan lebihan minyak yang dirembeskan oleh k elenjar minyak di kulit kepala. syampu ganozhi boleh membutkannya menjadi normal. Oleh itu, kulit kepala tidak lagi memerangkap habuk dan kotoran sekaligus mengurungkan masalah kelemumur. syampu ganozhi juga membantu mengekalkan klembapan kulitk epala bagi menrungakan kegataln dan kelupasan. kepada mereka yang mempunyai masalah rambut rapuh dan tidak bermaya, penggunaan syampu ganozhi adalah disyorkan kerana kebolehan melacarkan perjalanan darah dan membekalkan oksigen ke kulit kepala mampu membuatkan rambut anda lebih kuat, tebal dan sihat.
Syampu Ganozhi bukan sahaja sesuai untuk rambut anda, bahkan juga untuk haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan tikus putih. Membersihkan haiwan peliharaan menggunakan syampu ganozhi menjadikan haiwan peliharaan anda gebu dan lebih menarik.


syampu ganozhi adalah syampu terbaik yang anda akan pernah gunakan selain memantapkan warna dan melembutkan rambut anda, ia menjadikan rambut anda bersinar, sihat dan mudah diurus. Gunakanlah syampu ganozhi setiap hari untuk menjadikan sebaik mungkin.


KESAN RAWATAN
Kulit kepala terasa gatal-gatal.

Mengeluarkan kelemumur yang di kenali sebagai racun dikulit kepala.

Rambut lama akan gugur dan di ganti dengan rambut yang baru.

Rambut menjadi, keras , kering dan lain2

(tidak semua mengalami kesan tersbut .)
KEBAIKAN
Hilangkan kelemumur, gatal kulit kepala dan melambatkan pertumbuhan uban.

Baik pulih rambut yang bercabang dan berbuah.

Lancarkan perjalanan darah rambut menjadi tebal, sihat, bersinar.
(Seeloknya pakai bersama minyak gano untuk mengatasi masalah tindakbalas.) Testimoni

Rambut seorang wanita yang kerinting seperti negro berubah menjadi kerenting seperti biasa.

Hilangkan kudis, yang terdapat di kulit kepala seperti bayi yang baru lahir dengan cara menyapu minyak tersebut dan keesokkan harinya di basuh dengan syampu.

Rambut yang botak selama 15 tahun guna syampu dan minyak gano.

Seorang lelaki berumur 23 tahun mengidap darah tinggi dengan hanya guna syampu dan kopi dapat menyembuhkan penyakitnya.

Thursday, January 17, 2008

Sebelum dah selepas guna minyak gano dan syampu ganozhi

sebelum

letak minyak gano

selepas di cuci dengan syampu ganozhi

Sebelum dah selepas guna minyak gano dan syampu ganozhi nampak perbezaanya kan.

syampu ganozhi dan minyak gano ni membantu juga untuk melebatkan rambut dan masalah keguguran rambut ia juga membantu melambatkan rambut di tumbuhi uban. Bagi masalah masalah kulit kepala seperti kelemumur, kuping2,gatal-gatal dan sebagainya agak berkesan sekiranya anda mengguna minyak gano. Ia menyerap ia tidak terlalu berminyak seperti minyak rambut yg lain. sekirannya dihujung rambut anda kering dan bercabang boleh di gosok dengan minyak gano.

Manakala syampu ganozhi pun agak bagus sekirannya bagi mereka yang ada masalah rambut yg kering, rapuh, tak bermaya,rosak , gugur dan sebagainya,amalkan selalu, Syampu ini agak berbeza dengan syampu yang lain. Untuk melembutkan lagi rambut anda, semasa bersyampu anda boleh meletakkan sikit minyak gano.

Tuesday, January 15, 2008

MINYAK GANO

RM21.00
Minyak gano ni banyak kelebihannya, amat berkesan bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kepala seperti kelemumur dan sebagainya. Boleh juga dibuat minyak rambut, boleh juga di jadikan rawatan rambut sekali sekala. Untuk melihat rambut lebih lurus dan lembut guna syampu ganozhi dengan minyak gano. semasa syampu rambut letak sedikit minyak gano kemudian baru di cuci bersih2. .

Pernah anak saya jatuh, luka panjang dibahagian muka, hari-hari saya sapu minyak ini dimukanya langsung kesan parut tak ada dimukanya. Elok juga sekirannya kulit gatal2, kena nyamuk, semut gatal cepat lega. Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut atau angin minyak gano ni dapat membantu, bergitu juga masalah lenguh di kaki minyak ni boleh membantu.

hari tu ada jumpa kawan tengah oder minyak gano dalam 7 botol, saya hairan kenapa dia beli dengan banyak..... dia kata pekerja asing Nepal suka pakai minyak ni, depa kata minyak ni elok untuk masalah kelemumur. Banyak lagi kelebihaannya lain minyak gano ni lihat info di bawah ini. Minyak gano
kandungannya70% terdiri daripada minyak sawit30% serbuk RG
keistimewaannya17 kali ganda serapan.

1.minyak ini tidak panas ia tidak merosakkan sel-sel kulit seperti minyak panas yg lain kerana ia membunuh sel-sel dibawah kulit.
2.kandungan minyak sawit yang kaya denga vitamin E dapat membantu menghaluskan kulit.
3.serbuk RG yang terdapat didalamnya dapat menyerap toksid.
kegunaannya
1. Boleh dijadikan pelembab pada kulit
2. Boleh dijadikan sebagai minyak rambut
3. BOleh digunakan untuk urutan lenguh, lesu, kebas atau bisa tulang kerna ia melancarkan perjalanan darah.
4.Bayi yang mempunyai kruping di kepala, sapu dan biarkan semalaman kemudian dicuci.
5.Masalah magrain sapu dibahagian yg sakit.
6.kembung perut sapu pusingan jam.
7. tumit kaki pecah
8.Mengempiskan perut sapu ikut pusingan jam sebanyak 100 dan kita akan nampak hasilnya.
9. Menegangkan payu dara, urut bahagian tersebut ikut pusingan jam bermula dibahagian keliling puting dengan menggunakan terus kebawah ketiak.
10. Sakit mata, denga menitik di tepi mata dan urut ikut pusingan jam.cara gunakannyaBotol minyak hendak digoncangkan dahulu .

Monday, January 14, 2008

Testimoni dari pengguna

SEBELUM

SELEPAS

Sebelum saya menyertai JGW ini, saya sebenarnya mengalami masalah keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala setiap hari. Kerana terdapat 3 kawasan botak di belakang kepala saya seakan-akan dimakan tikus.

Selama 3 tahun saya menderita. Pelbagai ubat, herba, syampoo. minyak rambut yang telah saya cuba namun kesemuanya gagal belaka. Saya juga pernah berjumpa pakar di Hospital Universiti. Hasilnya juga amat mengecewakan. Akhirnya saya telah diperkenalkan oleh anak buah saya Tuan Haji Yahya Mohd Ning, agar cuba mendepatkan rawatan Ganoterapi ini.


Hasilnya amat menakjubkan, Saya mengamalkan RG dan GL untuk membuang toksin. Minyak Gano untuk mengurut dikulit kepala. Ganozhi Syampoo DXN untuk membilasnya dan Chubby Baby oil sebagai minyak rambut.Bulan pertama tumbuh rambut halus berwarna putih seakan-akan uban putih. Bulan kedua bertukar warna hitam. Dan bulan ketiga semakin lebat.Jika mengalami masalah rambut gugur, berbuah, berkelimumur, semakin nipis, jarang-jarang atau botak sekali pun. InsyaAllah akan pulih seperti biasa.


Kerana RAWATAN GANOTERAPI tidak merawat penyakit. Tetapi merawat punca penyakit. Punca rambut saya gugur adalah disebabkan buah pinggang sudah mulai lemah. Kesannya darah tidak bersih. Kekuatan rambut bergantung pada darah di kult kepala. Akibat suka makan makanan mee segera dan air gas sewaktu diasrama adalah punca utama buah pinggang menjadi lemah. So bila buah pinggang saya telah bersih, darah turut bersih, maka tumbuhlah semula rambut saya.



RAJA HERBA YANG AJAIB RG DAN GL (GANOTERAPY)

RG 30 biji RM30.00..GL 30 biji RM21.00


Capsul Herba RG dan GL pastinya dapat membantu anda dari segi kesihatan, rambut, kulit dan lain-lain pastinya tidak merugikan anda, ia bertindak secara menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut tentang RG dan GL klik sini:
RG & GL

PENGAKUAN PENGGUNA

 From: NOOR xxxxx ABU BAKAR "ayahxxxx@yahoo.com"
Subject: Re: nak order lg tonic
To: "Diana Tajuddin"
Date: Monday, May 4, 2009, 1:38 AM

Produk : syampu ganozhi, minyak gano dan tonic.
akak, lupe nak citer. sy ade kepala yg sangat jarang. dah mcm nak botak.sape je tengok, x perlu teliti pon kepala sy. tengok mcm tu je diorg akan perasan kepala sy mcm nak botak. jarang sngt dah mcm kepala org tua padahal sy baru 27 thn.

asalnye rambut sy lebat dan panjang. tp lps guna syampu susilk sy sentiasa gugur teruk. sy dah tukar syampu tp dia kurgkan keguguran je. rambut sy makin lama makin jarang. anak rambut susah sngt nak tumbuh. memang mcm malas nak tumbuh. dah mcm2 sy try. ntah mcm mana... sy jumpe blog akak. tu yg decide nak try tu. rambut sy gugur bnyk dlm 2-3 hari masa mula2 pakai.

lps tu kepala sy mula gatal2 tp x de pon kelumumur.... gatal gila... rase mnyucuk2. sy suruh anak buah sy tengok kpala klu ade kutu ke ape ke. tp anak buah sy ckp "x de kelumumur... x de kutu tp ade bnyk rambut2 halus. mcm anak rambut. " sy terkejut. sy pg tengok kat cermin. memang nampak ade anak rambut. bnyk jugak. memang x pernah jd betahun2 sblm ni.

sy memang x sangka sbb sy baru pakai seminggu je." tu pasal la sy order lg 4 botol tonic dan 2 botol minyak gano. sy harap lps ni rambut sy akan lebat balik mcm masa sy belasan tahun dulu. klu rambut sy lebat balik sy confirm akan jd akak pnye pelanggan tetap tau. hehehe.

--------------------------------------------------------

From: "siti@xxxx.gov.my" Add sender to ContactsTo: "Diana Tajuddin"
Thursday, April 30, 2009 1:57 AM

I makan rg-gl ni asalnya sebab dia buat badan I ada daya tahan. Before rg-gl, boleh dikatakan setiap bulan I demam sebab kerja I yang stressful ni...

Alhamdulillah, bila i makan rg-gl, memang 6 bulan tak kena demam. Sampai kawan-kawan pun tegur sebab selalunya bila I kena handle big events, hari event tu I mesti selsema dan batuk...tapi lepas rg-gl, I sihat...tu sebab mereka tanya...tapi, itu 4 tahun dulu. I pun tak ingat kenapa I stop...

Towards end of last year bila I kerap sakit balik, I decided to take rg-gl balik. Alhamdulillah badan I sihat sampai nak masuk bulan mei ni...

1. Apa kesan pertama kali menggunakan produk RG dan GL tu? Jawapan:
Alhamdulillah, saya tidak mendapat apa-apa kesan sampingan buruk dari penggunaan RG & GL. Cuma, saya lebih mudah berpeluh.

> 2. Apa perbezaan selepas dan sebelum guna RG dan GL?
Jawapan:
Sebelum mengambil RG-GL saya kerap mendapat demam selsema. Boleh dikatakan setiap bulan saya mesti berjumpa doktor dan mendapat cuti sakit. Alhamdulillah, setelah mengambil RG-GL, sistem pertahanan tubuh saya lebih kuat dan saya tidak lagi perlu berjumpa doktor pada setiap bulan.

Anak saya (6 tahun) yang mudah demam juga, saya berikan GL (dibubuh dalam susunya) dan alhamdulillah dia juga tidak perlu berjumpa doktor sekerap dulu.

> > 3. Berapa lama baru nampak kesannya?

Cepat. Misalnya, bulan A ambil RG-Gl, bulan yang sama tidak demam lagi.

> > 4. Apa pandangan tentang produk RG dan GL?

Bagi saya, ia produk yang bagus. Bila kita ada masalah kesihatan yang kerap sehingga perlu bercuti sakit agak kerap juga, apa-apa yang menghentikan keadaan itu, pastinya kita hargai dan akan terus mengambilnya.

--------------------------------------------------------- Tarikh: 03-Dec-2008
Dari sms 016612xxxx

As'kum kak diana.....baru la saya nampak anak rambut saya mula tumbuh,
bagus juga aily nie yek, Thanks again.

------------------------------------------------
Dari forum.
bearrxxx

Senior Rank: 3Rank: 3
20# Posts:153 Credits:385 16-4-2008 12:31 | View this author's posts Reply #17 top40's post
alamak..dah tulis panjang skali kena telan plak.. rambut rina gugur teruk lepas dpt anak...bukan setakat masa sikat rambut n shampoo je gugur(sampai tertutup lubang air) tapi if usap rambut or duduk saje pn rambut boleh bersepah atas lantai/ carpet.. kulit kepala pn dah nampak. tapi lepas pakai shampoo Gano masuk botol ke-2, skali ngan tonic dia, rambut dah kurang gugur n rambut baru banyak tumbuh. if shampoo pun macam x smpai 20 helai gugur..sikat pun dah bersih je..paling banyak pun yg gugur 2 helai. banyak sangat perubahan nya.cuma healing crisis blm abis..still gatal kulit kepala..banyak sgt toksin Cubalah search topik Rambut Gugur ke apa ntah dlm forum ni.. [ Last edited by bearrxxx at 16-4-2008 12:47 PM ]

--------------------------------------------------------