INFO PRODUK DAN CARA GUNA

SYAMPU GANOZHI
Penggunaan awal syampu ganozhi ni memang ada sesetengah pengguna mengalami kesan tindak balas, mcm keluar kelemumur dan sebagainya.Mungkin sebelum ni kita banyak menggunakan mcm2 produk lebih lagi yang mengadungi bahan kimia.

Biasanya kalau rambut gugur di ganti dengan anak2 rambut yang baru.

Bila anda guna syampu ni pemulihan sedikit demi sedikit akan anda lihat, kalau permulaan awal rambut terasa kesat bila kita terus amalkan syampu ni sedikit demi sedikit ia mula terasa lembut dan anda akan merasa mula selesa menggunakan syampu ni rambut kelihatan sihat dan anak2 rambut banyak tumbuh.

Dari info pengguna setelah mengalami masalah berkenaan barulah kelihatan anak2 rambut banyak tumbuh, rambut sedikit demi sedikit kembali sihat dan mula merasa selesa dengan syampu berkenaan

Syampu ganozhi ni mengandungi cendawan merah,sedikit sebanyak ia dapat membantu bagi masalah rambut yang anda hadapi.

Sesetengah pengguna tak mengalami banyak masalah menggunakan syampu ni, kesan di alami semasa guna syampu ni memang tak sama sebab ia bergantung pada masalah yang anda hadapi.


INFO PRODUK

Tentu anda tertanya tentang info produk ini dengan lebih lanjut..

Kalau ikut saya yang amalkan produk ni sekian lama memang tak ada masalah tentang produk berkenaan rambut kelihatan sihat dan lebat.

Untuk masalah keguguran rambut ni saya rasa mesti ramai yang mengalami masalah berkenaan tapi bukan mudah untuk mengatasinya tak semua produk yang kita guna berkesan.

Seperti produk yang saya syorkan ini ada juga yang dapat mengatasi masalah keguguran rambut, kepada mereka yang berkenaan tahniah dari saya. Bukan mudah utk mencari produk yang serasi dengan kita, terus amalkan sedikit sebanyak anda akan lihat perubahannya.

Bagi yang yang hanya mengguna tonic aily hair sahaja, apa bila anak2 rambut sudah banyak tumbuh dan lebat semula boleh kurangkan pakai hanya sekali sekala sahaja pakai tonic ni.

Utk masih mengguna syampu ganozhi bagi yang sesuai teruskan pakai, lama kelamaan rambut akan kelihatan lebih sihat dan lebat, anda boleh amalkan pakai bersama dengan minyak gano. Biasanya bila anda sudah serasi dengan produk ni, anda akan rasa rambut lebih lembut berbanding pada mula pakai dulu.(cuba anda pakai minyak gano selama 3 hari tak cuci rambut pasti terasa lebih lembut buat seperti minyak rambut)

Bagus sebenarnya hanya guna minyak gano utk rawatan rambut daripada menggunakan banyak bahan kimia utk rawatan rambut, lagi pun dapat mengelak rambut kita cepat di tumbuhi uban.

Bagi pandangan sayalah bagi yang lambat kesannya mungkin ada masalah dalaman yang kurang baik, bagi mereka yang tak ada masalah cepat lihat kesannya, bergantung pada keserasian seseorang tu juga.

Untuk guna syampu ganozhi ada cara yang tersendiri


TONIC AILY HAIR
Ada yang bertanya boleh tak hanya mengguna tonic aily hair sahaja. Anda boleh juga mengguna tonic aily hair sahaja dan mengguna syampu yang lain, tak ada apa2 masalah. Tonic aily hair memang agak berkesan dari info pengguna.


TONIC AILY DAN MINYAK GANO CARA GUNA.
Sekirannya anda pakai tonic aily ni jangan letak jer lebih elok gosok pelan2 lebih lagi bahagian yang bermasalah tu, pakai di waktu pagi dan malam seeloknya selepas cuci rambut tapi masa rambut kering pun boleh juga tapi hanya di kulit kepala jer jangan pulak buat mcm minyak rambut.

Minyak gano pun mcm tu juga, jangan letak jer gosok2 di kulit kepala dulu lebih lagi part yang bermasalah


CARA GUNA PRODUK DENGAN CARA TERSENDIRI
Ada juga yang masih tertanya lagi cara untuk mengguna produk ini dengan betul dan takut ada kesan sampingan dan sebagainya.

Untuk produk ni sebenarnya tiada kesan sampingan, syampu dan minyak baby pun boleh pakai. kalau pakai mcm mana pun tak ada masalah sebenarnya, nak pakai minyak gano dulu sebelum syampu atau selepas syampu pun boleh ikutlah ciptarasa masing2 mana yang lebih selesa.


MINYAK GANO BERBAU???
Ada yang bertanya minyak gano ni berbau busuk ke?

Sebenarnya minyak ni taklah berbau sangat, minyak ni tak berminyak sangat ia meresap. bila kita dah gosok di kepala kurang baunya.

Ada sesetengah pelanggan suka pakai minyak gano ni, ada yang buat sebagai minyak rambut. Ada yang kata sedap pakai minyak gano ni kepala terasa sejuk dan ringan.

Bagi saya pula memang suka pakai minyak gano ni, bila waktu malam saya pakai dan esoknya saya cuci dengan syampu ganozhi rambut berbau wangi.

saya suka jadikan minyak gano ini sebagai rawatan rambut dan kulit kepala. Bila menghadapi masalah kulit kepala saya akan gunakan minyak gano ni. bergitu juga apabila inginkan rambut kelihatan lembut dan lurus.


MASALAH RAMBUT BERCABANG
Untuk masalah rambut bercabang gunakan minyak gano kemudian gosok di hujungnya, amalkan selalu.Boleh juga campurkan sedikit syampu ganozhi dan minyak gano kemudian gosok di bahagian bercabang tu.

Untuk menggunakan minyak gano, boleh juga semasa syampu rambut tuang sedikit minyak gano kemudian buat mcm biasa ketika bersyampu, selepas tu terus di cuci bersih-bersih.

Nak slimkan perut boleh juga di gunakan minyak gano ni, urut ikut pusingan jam, urutlah sedaya yang mampu. Biasanyalah memang terasalah sikit kempis.minyak ni memang sedap juga di buat urut lebih lagi kalau masalah angin, kalau asthma pun boleh juga di gosok dibahagian dada terasa jugalah kelegaannya.